FADHILAT & KHASIAT SURAH AL-IKHLAS

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صل على محمد وآل محمد

.

A.    Pengenalan Dan Ringkasan Pada Surah Al-Ikhlas

SurahAl-Ikhlaṣ (الإخلاص‎) bererti Keikhlasan atau ‘Yang Ikhlas’ adalah surah at-Tauḥīd (التوحيد‎) (Monoteisme) yang merupakan Penyataan Ringkas Tauhid, Perisytiharan Kesempurnaan Allah SWT serta Ketulusan Agama. Surah Ikhlas meringkaskan dalam empat ayat tentang ketuhanan dan keesaan Allah SWT. 

 

Surah Al-Ikhlaṣ  terdiri daripada 4 ayat adalah surah ke-112 dalam Al-Quran. Al-Ikhlas bererti ‘Kesucian’ atau ‘Penulenan’ yang bermaksud untuk kekal suci dan setia atau keadaan membersihkan jiwa seseorang dari kepercayaan bukan-Islam, seperti paganisme,animisme dan kemusyrikan. Ini adalah satu-satunya surah dalam Al-Quran yang namanya tidak terdapat atau tidak mempunyai hubungan linguistik terhadap surah itu sendiri.

 

Ia juga dikenali sebagai Surah Pelindung. Surah ini adalah sebuah surah Makkiyah yang mengesahkan mengenai Bilal yang ketika diseksa oleh tuannya yang kejam, dia berulang kali mengatakan “Ahad! Ahad!” (Tunggal, merujuk kepada Allah SWT).

 

B.  Sebab Diturunkan

Terdapat di dalam beberapa riwayat yang dibawakan oleh ahli tafsir bahawa asal mula surah ini diturunkan adalah kerana pernah orang musyrikin meminta kepada Rasulullah SAW: صف لنا ربك – Shif lanaa rabbaka’ (Cuba jelaskan kepada kami apa macamnya Tuhanmu itu, emaskah dia atau tembaga atau loyangkah?).

 

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Termidzi daripada Ubay bin Ka’ab, memang ada orang musyrikin meminta kepada Nabi SAW supaya dihuraikannya nasab (keturunan atau sejarah) Tuhannya itu. Maka datanglah surah yang tegas ini tentang Tuhan.

 

Abu Su’ud berkata dalam tafsirnya: “Diulangi nama Allah sampai dua kali (ayat 1 dan ayat 2) dengan kejelasan bahawa Dia adalah Esa, Tunggal, Dia adalah pergantungan segala makhluk, supaya jelaslah bahawa yang tidak mempunyai kedua sifat pokok itu bukanlah Tuhan. Di ayat pertama ditegaskan KeesaanNya, untuk menjelaskanbersihNya Allah daripada berbilang dan bersusun, dan dengan menjelaskan bahawa Dialah pergantungan segala makhluk, jelaslah bahawa padaNya terkumpul segala sifatKesempurnaan Dia tempat bergantung, tempat berlindung, bukan Dia yang mencari perlindungan kepada yang lain, Dia tetap ada dan kekal dalam kesempurnaanNya, tidak pernah berkurang. Dengan penegasan ‘Tidak beranak’, ditolaklah kepercayaan setengah manusia bahawa malaikat itu adalah anak Allah atau Isa Al-Masih adalah anak Allah. Tegasnya daripada Allah itu tidak ada timbul apa yang dinamai anak, kerana tidak ada sesuatu pun yang mendekati jenis Allah itu, untuk jadi jodoh dan ‘teman hidupnya’, yang daripada pergaulan berdua timbullah anak.”

 -::}{:{۞}:}{::-

C.    Ayat dan Terjemahannya:

 

بسم الله الرحمن الرحيم

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

 

قُلْهُوَاللَّهُأَحَدٌ١

Qul huwa Allahu ahad

1.  Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.

 

اللَّهُالصَّمَدُ٢

Allahus-samad

2.  Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.

 

لَمْيَلِدْوَلَمْيُولَدْ٣

Lam yalid walam yulad

3.  Dia tiada beranak dan tidak juga diperanakkan.

 

وَلَمْيَكُنلَّهُكُفُوًاأَحَدٌ٤

Walam yakun lahu kufuwan ahad

4.  Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

 

-::}{:{۞}:}{::-

 

D.   Fadhilat Surah Al-Ikhlas

Surah Al-Ikhlas adalah di antara surah yang banyak fadhilatnya. Beberapa keutamaan dan khasiat surah al-Ikhlas antara lain :

 

1.      Mengusir Iblis Dan Syaitan

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca ‘Bismillah’. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Membaca ketika memasuki rumah juga dapat menyingkirkan penghuni rumah dan jirannya daripada kefakiran dan kemiskinan.

 

* Nota – Berkenaan memberi salam kepada malaikat. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

 

2.  Sebahagian Al-Quran

Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah SAW dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasullullah SAW bersabda, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”

 

Abu Hurairah r.a. Sabda Rasullullah SAW; “Sesungguhnya ganjaran Surah Al-Ikhlas satu pertiga Al Quranul Qariim.” (Di riwayatkan oleh Imam Bukhari)

 

Sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur’an” (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).

 

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca ‘Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur’an”.

 

3.  Khatam Al-Quran

Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.

“Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-Quran seluruhnya.” (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy)

 

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.

Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Sabda Rasullullah SAW:  “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”

 

4.  Pahala membacanya

Dari Ubay Ibn Ka’ab – Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya dari pahala seperti pahala syuhada.”

 

Daripada Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW telah bersabda: “Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat (masyrik ke maghrib). Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.”

Sambung Rasulullah SAW lagi : “Demi Allah yang jiwaku di tanganNya; Sesungguhnya ‘Qul Huwallahu Ahad’ itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., ‘Allahus Somad’ itu tertulis di sayap Mikail A.S., ‘Lam Yalid Walam Yuulad’ tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. ‘Walam Yakullahu Kufwan Ahad’ tertulis pada sayap Israfil A.S.”

 

5.  Penebus Diri

Membaca Al-Ikhlas 1000 kali, bermakna ia telah pun membeli dirinya kepada Allah Ta’ala.

“Sesiapa yang mampu membaca Al-Ikhlas seribu kali berarti ia telah menebus dirinya dari neraka.”

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari, sabda Nabi Muhammad SAW:  “Sesiapa membaca ‘Qul Huwa’llahu Ahad’ 100,000 kali, maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahawa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka’. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua’llah ahad satu khatam iaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.”

 

6.  Diampuni Dosanya Oleh Allah SWT

Orang yang membaca surat al-ikhlas 50 kali maka memperoleh ganjaran dengan diampuni dosanya selama 50 tahun.

Rasullullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak seratus kali, maka Allah mengampuni 50 perbuatan dosa, selama ia menjauhi empat perkara; Penumpahan darah (melukai atau membunuh), perampasan harta, Perbuatan zina dan Minuman keras.”

“Sesiapa membiasakan setiap hari membaca surah Al-Ikhlas 200 kali, maka dicatat memperoleh seribu lima ratus kebaikan dan diampuni dosanya 50 tahun.”

 

7.  Selamat Di Alam Barzakh

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.” Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

 

Sabda Rasullullah SAW:  “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ pada perkuburaan sebanyak 11 kali, kemudian dihadiahkan pahalanya kepada ahli kubur, nescahaya diberikan kepada si pembacanya pahala sebanyak bilangan ahli kubur di situ.”

 

8.  Balasan Syurga

Dari Al-Muwatta’, diriwayatkan oleh Abu Hurairah; “Saya sedang berjalan denganRasulullah SAW lalu Baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda SAW berkata,“Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya Rasulullah?” Baginda SAW menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).”

 

Rasululllah SAW bersabda:  “Sesiapa membaca ‘Qul HuwAllahu Ahad’ (Surah Al-Ikhlas)sebanyak 11 kali, dikurniakannya satu mahligai indah di syurga.”  (HR.Ahmad dan Muadz bin Anas).

Sabda Rasullullah SAW:  “Sesiapa membaca ‘Qul HuwAllahu Ahad’ sebanyak 51 kali setiap hari, nescaya dibangunkan dari kuburnya terus ke syurga.”

Rasululllah SAW bersabda:  “Sesiapa yang membaca 10 kali surah Al-Ikhlas siang dan malam; Maka Allah memberinya sebuah istana dalam syurga.”  (HR: Imam Ahmad & Imam Adarimi.)

 

Sebuah kisah yang terjadi di zaman lampau bahawa seorang lelaki meninggal dunia. Alangkah sedihnya perasaan kedua ibu bapanya. Maka pada malam setelah anak itu dikebumikan, ayahnya bermimpi melihat anaknya diseksa di dalam neraka Jahannam. Malam ke2 si ayah bermimpi melihat anaknya sedang bersukaria di dalam syurga. Lalu si ayah bertanya dalam mimpi itu kepada anaknya: “Semalam aku melihat engkau di dalam neraka, mengapa malam ini engkau berada di dalam syurga pula?”

Jawab si anak: “Hari ini ada orang yang lalu dekat kuburku dan ia hadiahkan surah Al-Ikhlas 3x dan pahalanya dihadiahkan kepadaku. Itulah sebabnya ayah lihat saya berada di dalam syurga sekarang.”

 

Subhanallah, hanya sekadar surah yang begini pendek, dapat memberikan kegembiraan kepada si mati tadi. Maka eloklah kita sama2 amalkan supaya kita juga dipilih oleh Allah dalam apa jua perkara yang kita lakukan.

 

Diriwayatkan pula dari Ali bin Abi Talib, katanya, Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas 10 kali selepas solat Subuh, maka ia tidak akan tergelincir sekalipun syaitan memperdayanya dengan sungguh-sungguh.”

 

9.  Dipelihara Keselamatan

Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali setiap selesai solat Subuh maka dirinya akan dijaga dari perbuatan dosa selama sehari tersebut.”

Membaca surah Al-Ikhlas dan ‘Al- Mu’awwidzatain’ sebanyak 3 kali pada waktu Subuh dan Asar, InsyaAllah maka kita akan selamat dari marabahaya sehingga tiba Subuh dan Asar berikutnya.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat Jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke Jumaat yang berikutnya.”

 

 -::}{:{۞}:}{::-

E.  Khasiat Surah Al-Ikhlas

Hadis-hadis di atas menunjukkan betapa agungnya Surah Al-Ikhlas, kerana di dalam Surah Al-Ikhlas ini sepenuhnya menegaskan ‘Kemurnian’ atas ‘Keesaan’ Allah SWT.

Adapun khasiat-khasiat yang terkandung di dalamnya banyak sekali, di antaranya:

 

1.  Tercapai Setiap Hajat

Bacalah Surah Al-Ikhlaṣ  1,000 kali selepas solat Subuh dan Maghrib, berdoalah minta apa yang dihajati, Allah akan mengabulkan semua yang dimaksudkan.

 

2.  Penawar Penyakit

Apabila kita membaca Surah Al-Ikhlas 3 X selepas setiap solat fardu, kita mengubati diri kita sendiri. Daripada Abu Hurairah; Rasululllah SAW bersabda:  “Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit (Rohani / Jasmani).”  (HR: Ibnu Majah r.a.)

 

3.  Menghindari Kesukaran

 a. Jika dibaca 3 surah ini – Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas pagi dan petang, nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

 b. Bacalah Surah Al-Ikhlas 3 X sebelum terbit matahari dan 3 X selepas terbenam matahari. Allah selamatkan dari segala kejahatan.

 

4.  Menundukkan Orang Zalim

Bacalah Surah Al-Ikhlaṣ  1,000 kali selepas solat fardhu, kemudian bacalah doa berikut;

“Sesungguhnya daku menguasakan roh surah ini, panas dan sejuk, kepada roh….

(sebutlah nama orang berkenaan) yang zalim itu.”

InsyaAllah berhasil.

 

5.  Dijauhkan Dari Ketamakan Orang Lain

a. Bacalah lafaz ‘YA SHAMAD’ 133 kali setiap hari secara. InsyaAllah, akan selamatlah kita dari maksud jahat orang-orang yang rakus lagi aniaya.

b. Bacalah lafal  ‘YA SHAMAD’ 40 kali setiap hari. InsyaAllah selama hayat masih dikandung badan kita selalu selamat dari maksud jahat orang-orang yang rakus.

 

6.  Mengurangkan Rasa Lapar dan Dahaga

Bagi menghindari perasaan lapar dan haus, terutama orang yang dalam bermusafir atau ditempat yang jauh dari keramaian dan sukar dapat air atau makanan, maka bacalah Surah Al-Ikhlas dan dikuti lafaz ‘YA SHAMAD’ sebanyak-sebanyaknya. InsyaAllah rasa payah, letih, dahaga dan lapar akan sirna dengan sendirinya, sehingga badan kuat untuk meneruskan tujuan.

 

7.  Menghindarkan Dari Segala Bala Bencana.

Baca Surah Al-Ikhlas ini 1,000 kali pada waktu antara solat Maghrib dan Isyak. Berkat dari bacaan ini, InsyaAllah semua bala bencana dan mara bahaya akan terhindar.

 

8.  Beroleh Kebaikan Dunia dan Akhirat

Bacalah Surah Al-Ikhlas selepas selesai solat fardhu sebagai amalan harian. InsyaAllah berkat surah Al-Ikhlas yang kita baca itu, kita akan mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat.

 

9.  Terhindar Dari Fitnah Dan Siksa Kubur.
Bacalah Surah Al-Ikhlas pada orang yang sedang sakit. Seandainya orang sakit itu meninggal pada hari itu juga, maka InsyaAllah dia akan diselamatkan dari segala fitnah kubur.

 

10.  Pelbagai Guna

Dawamkan 100 kali setiap hari sehabis solat Maghrib tanpa batas waktu… InsyaAllah banyak manfaatnya, antaranya adalah :

– sebagai benteng/pagar diri
– sebagai suplemen/vitamin lahir/batin (sehat jiwa raga jauh dari penyakit apapun)
– anti sihir/santau
– mahabbah
– murah rezeki
– perubatan
– membuka hijab
– perlindungan dari zina
– bersih dan sucikan hati kita.

 

Kita telah lihat betapa besarnya fadhilat dan kelebihan orang yang membaca Surah Al-Ikhlas ini. Khasiat yang telah disebut di atas cukup berguna untuk bekalan hidup, baik untuk suatu hajat atau untuk perisai badan agar sihat wal afiat dan terhindar dari sebarang gangguan. Hadiah yang begitu banyak dan pahala yang besar diberikan Allah SWT kepada mereka yang membiasakan membaca surah Al-Ikhlas secara istiqamah.

 

Namun begitu, kita tidak seharusnya hanya memikirkan ganjaran tersebut kerana ia merupakan kehendak Allah SWT bagi sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Dengan membaca Surah Al-Ikhlas adalah merupakan kecintaan kita kepada Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Maka marilah kita mempraktik dan memperbanyakkan membaca surah ini secara konsisten.

 

Wallahu A’lam bishowab

 

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

-::}{:{۞}:}{::-

Advertisements

Asy-Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani

Pesanan SULTAN AULIYA’ Sheikh Abdul Qadir Jailani.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih dari darimu. Ucapkan dalam hatimu : “Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : “Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”.

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang jahil, maka katakanlah (dalam hatimu): “Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya, dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak, dia tentu lebih baik dariku”.

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu): “Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh, dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk (na’uzubillah min zaalik).

KERIS TAMING SARI

Keris Taming Sari ialah keris yang telah digunakan oleh Laksamana Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka. Keris ini amat terkenal dan dikatakan mempunyai kuasa sakti iaitu ketika bertarung pemiliknya tidak lut dimakan senjata lawan ataupun kebal. Ia dikatakan juga berupaya berlegar diudara ketika mengejar musuh walau ke mana sahaja musuh itu berlari.Keris Taming Sari pada asalnya adalah kepunyaan Taming Sari, seorang pahlawan Jawa. Beliau telah diarahkan oleh Patih Gajah Mada, Bentara Majapahit untuk membunuh Hang Tuah. Taming Seri telah memasuki istana Seri Betara Majapahit dan telah mengamuk dan membunuh ramai orang. Hang Tuah yang berada di situ telah bertarung dengan Taming Sari dan telah membunuh beliau. Keris Taming Sari telah jatuh ke tangan Hang Tuah dan beliau telah mempersembahkan keris itu kehadapan Seri Betara Majapahit. Baginda telah menganugerahkan Keris Taming Sari kepada Laksamana Hang Tuah diatas jasanya mengalahkan Taming Sari. 

Keris Taming Sari dicuri. 

Keris Taming Sari pernah dicuri oleh Sang Kertaksa, atas arahan Patih Gajah Mada dan Seri Betara Majapahit yang ingin membunuh Laksamana Hang Tuah. Laksamana Hang Tuah bagaimanapun berjaya mendapatkan semula Keris Taming Sari dengan menggunakan ilmu sakti beliau.

Keris Taming Sari di Perak.

Selepas itu, Hang Tuah yang terlalu malu untuk menghadap Sultan Melaka kerana gagal mendapatkan Puteri Gunung Ledang untuk baginda telah mengirim dan mempersembahkan Keris Taming Sari kepada baginda. Ketika Sultan Mahmud meninggalkan Melaka, baginda membawa keris ini bersama ke Kampar, Sumatera. Baginda kemudiannya telah mengurniakan Keris Taming Sari ini kepada anakanda baginda, Raja Mudzaffar, yang kemudiannya berangkat ke Perak. Keris Taming Sari inilah yang telah digunakan pada adat kebesaran diraja Perak. Keseluruhan sarung keris ini diselaputi oleh dedaun emas.

MAKLUMAT TAMBAHAN :

KUALA KANGSAR: Muzium Perak menolak dakwaan mengatakan Keris Taming Sari iaitu satu daripada alat kebesaran Diraja Perak yang dipamerkan di Galeri Sultan Azlan Shah di Bukit Chandan, di sini, adalah palsu atau replika.

Pengarah Muzium Perak yang juga pengurus galeri berkenaan, Nor Janati Ibrahim, berkata pihaknya sering menerima dakwaan sedemikian berikutan ada di kalangan pengunjung meragui keaslian keris itu.

“Keris Taming Sari dipamerkan di galeri ini adalah simpanan dan warisan Sultan Perak. Jadi ia menjadi satu daripada alat kebesaran Diraja negeri ini. Malah, senjata itu hanya boleh dipamerkan kepada umum selepas mendapat perkenan daripada Baginda Sultan Perak sempena Hari Keputeraan baginda.

“Lagipun keris berkenaan sudah menjadi hak Kesultanan Perak yang sah sejak 1528 selepas diwariskan Sultan Melaka, Sultan Mahmud Syah I kepada Sultan Perak pertama iaitu Sultan Mudzaffar Shah,” katanya ketika ditemui Berita Harian, di sini, semalam.

Nor Janati berkata, mengenai ketulenan atau keaslian keris berkenaan masih dalam kajian berterusan dilakukan pihak berkaitan, tetapi yang penting Muzium Perak tetap mengatakan Keris Taming Sari ialah satu daripada alat kebesaran Diraja Perak.

“Kebanyakan tohmahan timbul disebabkan generasi hari ini terlalu terdedah dengan maklumat atau fakta diperoleh daripada pelbagai sumber kurang tepat. Mereka hanya mendengar maklumat daripada sebelah pihak tanpa mengkaji sendiri sejarah sebenar Keris Taming Sari serta warisan alat kebesaran diraja itu.

“Justeru, Muzium Perak dengan perkenan Tuanku (Sultan Perak) mengadakan pameran Keris Taming Sari di Galeri Sultan Azlan Shah selama enam hari bermula hari ini (semalam) sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-83. 

“Ia bertujuan memberi pendedahan serta gambaran sebenar mengenai keistimewaan keris yang pernah menjadi milik Laksamana Hang Tuah itu,” katanya.

Keris berkenaan yang diseliputi dedaun emas, manakala sarung atau hulunya diperbuat daripada emas serta dipercayai adunan daripada 20 jenis besi yang sebahagiannya daripada serpihan besi ganggang pintu Kaabah.

Senjata itu dikatakan mempunyai kuasa sakti iaitu pemiliknya tidak lut dimakan senjata lawan dan berupaya berlegar di udara ketika mengejar musuh. Selain itu, ia juga dipercayai mempunyai kuasa untuk memberi petunjuk jika Perak bakal dilanda sebarang musibah atau bencana.

Sumber/Petikan Dari BlogAmmar.blogspot.com 

ROH WANITA TIDAK TENANG KERANA GAMBAR DEDAH AURAT diFACEBOK

Kisah ini mengenai seorang hamba Allah. Beliau merupakan seorang wanita yang aktif berfacebook. Di dalam akaun facebooknya mempunyai banyak koleksi gambar yang tidak menutup aurat.

Selepas beliau meninggal dunia, ibunya sentiasa bermimpi beliau merayu kepada ibunya supaya memadam gambar-gambarnya yang tidak menutup aurat di facebook. Malangnya tiada siapa yang mengetahui “password” facebooknya. Jadi, kemungkinan besar, rohnya tidak tenang dengan dosa auratnya yang dibiar begitu saja menjadi tatapan umum.

Dan ingatlah, azab untuk kita yang sengaja membiarkan aurat kita dilihat oleh lelaki bukan mahram ialah API NERAKA!

*Cerita ini menjadi iktibar dan pengajaran buat kita, supaya usahlah meletakkan gambar yang tidak menutup aurat dengan sempurna di facebook. Kita tak tahu bila kita akan mati. Jadi, tolonglah kalau anda sayangkan diri anda, padamlah gambar yang tidak sepatutnya berada di dalam akaun facebook anda.

Akhir kalam, moga roh beliau dicucuri rahmat Ilahi…ameen…Al-Fatihah

Sumber/Petikan Dari BlogAmmar.blogspot.com

PENEMUAN RANGKA MANUSIA RAKSAKSA = KAUM ‘AD

Image

Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab baru-baru ini menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut “Penempatan kosong” (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration.

Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum ‘Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya.

Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum ‘Ad dari zaman Nabi Hud tersebut.

Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.

Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah ‘super impose’. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu?

Pada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang menyatakan “Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui”, “Kota Legenda Arabia Ditemukan”, “Ubar, Atlantis di Padang Pasir.” Yang membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran. Ramai orang, yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum ‘Ad sebagai-mana diceritakan dalam Al Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka tidak akan pernah ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan ini. Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam.

Nicholas Clapp, seorang arkeolog amatur yang menemui kota legenda yang disebutkan dalam Al Quran ini. Sebagai seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp telah menjumpai sebuah buku yang sangat menarik selama penelitiannya tentang sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom untuk bahagian selatan semenanjung Arabyang sekarang ini merangkumi Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini “Eudaimon Arabia”. Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya sebagai “Al-Yaman As-Sa’idah” 20.

Semua nama tersebut bermaksud “Arabia yang Beruntung “, kerana orang-orang yang hidup di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang untung itu 

Keberuntungan mereka sebahagian berkaitan dengan kawasan mereka yang strategik menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara semenanjung Arab. Di samping itu, orang-orang yang berdiam di daerah ini menghasilkan dan mengedarkan “frankincense” sejenis getah wangi dari pokok langka. Kerana sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa dalam berbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas.

Thomas memaparkan tentang suku-suku yang “beruntung” ini dengan panjang lebar dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan “Ubar”. Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar. Thomas, yang sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji lebih dalam lagi.

Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas, yakin akan kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara. Perta-ma, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku Badwi benar-benar ada. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit daerah tersebut. Selepas rundingan  yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak yang berkuasa untuk memotret daerah tersebut.

Clapp meneruskan mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di perpustakan Huntington di California. Tujuannya adalah untuk menemukan peta dari daerah tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia menemukannya. Yang ditemuinya adalah sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini ditunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan yang menuju ke kota tersebut. 

Sementara itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan pemotretan. Dalam foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat di lihat, suatu hal yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang di tangannya, akhirnya Clapp menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat dalam peta tua sesuai dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil dengan satelit. Tujuan akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah tapak yang luas yang ditengarai dahulunya merupakan sebuah bandar. 

Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir. Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai “Ubar, Atlantis di Padang Pasir”. 

Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum ‘Ad yang disebutkan dalam Al Quran? Begitu runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui bahawa bandar yang hancur ini adalah milik kaum ‘Ad dan berupa tiang-tiang Iram yang disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang di-gali terdapat menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam Al-Quran . Dr. Zarins, seorang ahli pasukan kajian yang memimpin penggalian mengatakan bahawa kerana menara-menara itu disebut sebagai bentuk khas bandar ’Ubar, dan kerana Iram disebut mempunyai menara-menara atau tiang-tiang, maka itulah bukti terkuat setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali adalah Iram, bandar kaum ‘Ad yang disebutkan dalam Al Quran: 

Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum ‘Ad, (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain.
(QS. Al-Fajr, 89: 6-8)

Sumber/Petikan Dari BlogAmmar.blogspot.com

ALMARHUM TUANKU ABD RAHMAN ibni ALMARHUM TUANKU MUHAMMAD & RINGGIT MALAYSIA

Image

Jangan dikelirukan dengan “Tunku Abdul Rahman”
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad
Yang di-Pertuan Agong Pertama .
Raja Permaisuri Agong Tuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin Negeri Sembilan Keputeraan 24 Ogos 1895
Seri Menanti, Negeri Sembilan Kemangkatan 1 April 1960 Kuala Lumpur .
Mula jawatan 31 Ogos 1957 Tamat jawatan 1 April 1960 Penyandang terdahulu Tiada .
Penyandang kemudian Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 – 1 April 1960) adalah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama Malaysia. Baginda memerintah dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960.

RIWAYAT HIDUP
Diputerakan di Seri Menanti, Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman memperoleh pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Jempol sehingga tahun 1907. Selepas itu, baginda meneruskan pendidikan sekolah menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar selama tujuh tahun sehingga 1914.
Sewaktu penamatan pelajaran sekolah menengahnya, S.P.B. dilantik sebagai Pegawai Melayu di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1915, baginda memulakan kerjaya yang cemerlang sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Seremban. Terbukti baginda seorang pegawai yang rajin dan sangat komited terhadap tugas Baginda. Baginda mendesak jabatan itu supaya membuka lebih banyak cawangan di beberapa daerah lain di Negeri Sembilan.
Seterusnya baginda Tuanku Abdul Rahman dilantik sebagai Penolong Pegawai Melayu di Klang sebelum ditukarkan semula ke daerah lain. Kemudian Baginda dihantar bertugas sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Hulu Selangor. Berkat usaha gigih dan ketekunan baginda selama ini, baginda telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pegawai Daerah.
Titik perubahan dalam kerjaya Baginda berlaku pada tahun 1925 apabila baginda bertugas untuk jangka masa yang pendek di Mahkamah Agung di Kuala Lumpur. Kemudian, baginda mengiringi ayahanda baginda, yang ketika itu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan melawat United Kingdom untuk menyaksikan Pameran Empayar British di Wembley dan untuk menziarahi King George V.
Dalam perjalanan ke United Kingdom, baginda membulatkan tekad untuk belajar undang-undang. Hasrat baginda ini mendapat persetujuan Tuanku Muhammad, ayahanda baginda. Dengan itu baginda pun terus menetap di United Kingdom sehingga Baginda menamatkan pengajian dan memperoleh ijazah undang-undang tahun 1930. Berita tentang baginda telah mendapat ijazah undang-undang telah disiarkan dalam surat khabat di Tanah Melayu secara besar-besaran. Terdapat kekeliruan antara Tuanku Abdul Rahman dengan Tunku Abdul Rahman pada ketika itu.
Baginda diterima menjadi peguam tiga tahun kemudiannya. Selama beberapa tahun yang pertama, Baginda berusaha sehingga menjadi Magistret. Kemudiannya baginda dilantik sebagai Pegawai Daerah.
Pada tahun 1933, D.Y.M.M. Tuanku Muhammad mangkat. Baginda Tuanku Abdul Rahman terus ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Ketika itu baginda merupakan seorang peguambela dan dengan yang demikian Baginda merupakan satu-satunya Raja Melayu yang mempunyai kelayakan sebagai peguambela dan peguamcara.
Pada tahun 1957, baginda dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Yang di-Pertuan Agong yang pertama bagi Tanah Melayu dan ditabalkan pada 13 September 1957. Baginda memerintah Negeri Sembilan selama 24 tahun sebelum menjadi Yang di-Pertuan Agong Tanah Melayu yang Pertama.
Baginda mempunyai tiga putera dan lima puteri. Permaisuri pertama Baginda, D.Y.M.M. Tuanku Maharum melahirkan seorang putera, D.Y.M.M. Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang Kesembilan. Cik Engku Maimunah melahirkan dua putera dan dua puteri. Yang sulung ialah Y.T.M. Tuanku Aidah. Baginda Tuanku Ja’afar ialah putera kedua manakala Tunku Abdullah ialah putera ketiga.
Baginda Tuanku Abdul Rahman juga sangat meminati bidang sukan. Antaranya sukan kriket, bola sepak. ping pong, pentaque, bowling dan tenis. Walau bagaimanapun, sukan yang paling digemari baginda ialah sukan tinju. Malahan, pada zaman mudanya Baginda gemar menyarungkan sarung tangan tinju dan bertinju dengan putera-putera dan rakyat jelata..
Gambar portrait baginda masih lagi digunakan di atas wang kertas Ringgit Malaysia sejak siri pertama (tahun 1967) sehingga kini.

Image

Sumber Dari Wikipedia :