“PERBINCANGAN DUA MALAIKAT”

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, syukur aku pada
Allah SWT sebab bagi peluang utk aku menaip tinta ilmu
yang serba sedikit dpt kita kongsi bersama.
Selawat aku ke atas Junjungan Nabi SAW dengan harapan
semoga dapat syafaat Baginda di Hari Qiamat.

Ada satu kisah yang aku ingin kongsikan pada antum.

Satu ketika Abdullah bin Mubarak menunaikan haji, Beliau tertidur di Masjidil Haram, dalam tidurnya beliau bermimpi melihat dua orang malaikat turun dari langit.

Berkata seorang malaikat kepada seorang lagi :

“Berapa ramai orang-orang yang mengerjakan haji pada tahun ini?”
Berkata malaikat yang seorang lagi : 

“Enam ratus ribu orang.” Bertanya malaikat yang bertanya :”Antara 600,000 ribu orang yang berhaji itu berapakah yang diterima
haji mereka?” Berkata malaikat yang menjawab : “Di antara 600,000 ribu itu hanya
seorang sahaja hajinya diterima, namanya ialah Muwaffaq dia tinggal di Damsyik.
Dia adalah seorang tukang kasut, dia tidak dapat berhaji tetapi hajinya diterima. Maka berkat haji Muwaffaq kesemua 600,000 yang mengerjakan haji diterima.”

Abdullah yang sedang tidur terkejut dari tidurnya maka dengan segera dia berangkat ke Damsyik, sampai sahaja dia di Damsyik dia mencari-cari tukang
kasut yang disebutkan dalam mimpinya dan akhirnya dia dapat mencari rumah tukang kasut itu.

Apabila sampai di hadapan pintu rumah tukang kasut itu, maka Abdullah mengetuk pintu. Pintu pun di buka dan keluar seorang lelaki dari dalam.

Abdullah bertanya lelaki itu : “Apa nama saudara.” Berkata lelaki itu : “Nama saya Muwaffaq.” Abdullah bertanya : “Tolong terangkan kepadaku amalan apakah yang telah kamu lakukan sehingga mencapai darjat yang tinggi?” Jawab Muwaffaq : “Sebenarnya aku ingin menunaikan haji, tetapi oleh sebab keadaanku maka aku tidak dapat menunaikan haji. Tetapi dengan cara mendadak aku mendapat wang 300 dirham dari kerja menampal sepatu, lalu aku niat untuk berhaji pada tahun ini.

“Isteriku pula sedang hamil, suatu hari isteriku tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ia ingin memakan makanan yang terbau itu (mengidam), lalu aku pergi kerumah jiranku dan aku ketuk pintu. Kemudian keluar seorang wanita, maka aku pun beritahu hajat isteriku itu kepadanya.” Jiranku itu berkata : “Oleh kerana kamu tidak tahu keadaanku maka aku terpaksa memberitahumu, sebenarnya anak-anak yatim ku sudah tiga hari tidak makan oleh itu aku keluar mencari makanan. Sewaktu aku mencari makanan aku bertemu dengan bangkai himar, maka aku potong sebahagian dagingnya lalu aku masak, maka makanan ini adalah halal untuk kami dan haram untuk kamu.”

Apabila aku dengar sahaja kata-kata wanita itu maka aku pulang kerumah dan
mengambil 300 dirham yang ada padaku lalu aku berikan kapada wanita itu dan
aku katakan kepadanya : “Belanjakan wang ini untuk anak-anakmu. Dan aku berkata pada diriku : Hajiku di muka pintu rumahku (Rumah jiranku) maka kemanakah aku akan pergi.”

Wahai saudara-saudaraku, Allah tidak memandang pada harta yang kita miliki tetapi ia memandang pada niat yang suci. Pernah orang bertanya kepada Rasulullah SAW : “Ya Rasulullah, tunjukkanlah padaku amal perbuatan yang mana bila aku amalkan akan masuk syurga.” Sabda Rasulullah SAW : “Jadilah kamu orang yang baik.” Orang itu bertanya lagi : “Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh mengetahui bahawa aku ini telah berbuat baik?”

Sabda Rasulullah SAW : “Tanyalah pada jiran tetanggamu, kalau mereka berkata kamu baik, maka baiklah kamu. Kalau mereka mengatakan kamu buruk, maka buruklah kamu..Moga post aku kali ni dapat memberi manfaat pada kita semua. k. selamat.

Sumber/Petikan Dari Pena-Sufi.blogspot.com
Credit Buat Penulis

BEZA MARJERIN & MENTEGA

Image

Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey).

Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka.

Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega.

Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru.

TAHUKAH ANDA …perbezaan antara marjerin dan mentega?
Bacalah sehingga ke akhirnya.anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama.

Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya
sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin.

Dengan memakan marjerin
boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega,

Menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.
Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan.
Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!
Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain.

Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.
Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans.

Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga
kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol
berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barahsebanyak lima kali ganda.

Ia mengurangkan jumlah susu badan.
Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan.

Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan .

INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK !

Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKULuntuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan

saya mengelak dari memakan marjerin seumur
hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi

(ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).

Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:

Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh.

Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:

*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya

(ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)

*ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi;

tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta sat mikroorganisma
juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik.

Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?

BAGUSLAH KALAU DAH TAHU..Sebar2kan supaya jumlah pesakit jantung & barah berkurang.

Sumber/Petikan Dari Zamstylo.blobspot.com

SEJARAH LAMBANG BULAN & BINTANG DALAM ISLAM

Image

Beberapa versi ahli sejarah mengatakan bahawa sebenarnya asal usul lambang bulan bintang berasal dari lambang khilafah Islamiyah terakhir yang dimiliki umat Islam, iaitu Khilafah Turki Utsmaniah. Khilafah ini adalah warisan terakhir kejayaan umat Islam. Memiliki luas wilayah yang membentang dari hujung barat sampai hujung timur dunia.

Wilayahnya mencakupi tiga benua besar dunia, Afrika, Eropah dan Asia. Ibukotanya adalah kota yang sejak 1400 tahun yang lalu telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW sebagai kota yang akan jatuh ke tangan umat Islam.
Rasulullah bersabda, “Qonstantinopel akan kalian bebaskan. Pasukan yang mampu membebaskannya adalah pasukan yang sangat kuat. Dan panglima yang membebaskannya adalah panglima yang sangat kuat..”

Berabad-abad lamanya umat Islam memimpikan realisasi khabar gembira Rasulullah itu. Namun sejak zaman Khilafah Rasyidah, Khilafah Bani Umayah hingga Khilafah Bani Abbasiyah, khabar gembira itu tidak pernah juga terlaksana.
Memang sebahagian Eropah sudah jatuh ke tangan Islam, iaitu wilayah Sepanyol dengan kota-kotanya antara lain:

Cordova, Seville, Granada dan seterusnya. Namun jantung Eropah belum pernah jatuh secara penuh ke tangan Islam.
Sehinggalah ketika Sultan Muhammad II yang lebih dikenali dengan Sultan Muhammad Al-Fatih menjadi panglima, jatuhlah kota yang pernah menjadi ibu kota Eropah itu.

Semasa pertempuran yang sangat dahsyat dengan menggunakan senjata paling moden di masa itu, iaitu CANON, atau meriam yang sangat besar, Muhammad Al-Fatih berjaya menjatuhkan kota konstantininopel itu dan menjadikannya sebagai ibu kota Khilafah Turki Utsmaniah serta menjadikannya pusat peradaban Islam.

Wilayahnya adalah tiga benua dengan semua peradaban yang ada di dalamnya. Pada masa itu bulan sabit digunakan untuk melambangkan posisi tiga benua itu:

– hujung yang satu menunjukkan benua Asia yang ada di Timur,
– hujung lainnya mewakili Afrika yang ada di bahagian lain dan
– di tengahnya adalah Benua Eropah.

Sedangkan lambang bintang menunjukkan posisi ibu kota yang kemudian diberi nama Istanbul yang bermakna: Kota Islam.

Bendera bulan sabit ini adalah bendera rasmi umat Islam pada masa itu, kerana seluruh wilayah dunia Islam berada di bahawa satu naungan khilafah Islamiyah.
Tidak seperti sekarang ini yang terpecah-pecah menjadi sekian ratus negara yang berdiri sendiri hasil dari penjajahan barat.
Wajar kalau lambang itu begitu melekat di hati umat dari hujung barat Marocco sehingga hujung Timur Marauke.
Inilah lambang yang pernah dimiliki oleh umat Islam secara bersama, bulan dan bintang.
Dan lambang ini kemudian seolah menjadi lambang rasmi umat Islam dan selalu muncul di kubah-kubah masjid.

Petikan Dari BlogAmmar.blogspot.com

Credit Buat Penulis .

ANTARA 9 MIMPI NABI MUHAMMAD S.A.W

Image

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata,

Nabi Muhammad saw bersabda:

“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

 

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW:

“SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT”

Petikan Dari BlogAmmar.blogspot.com

Credit Buat Penulis