KERIS TAMING SARI

Keris Taming Sari ialah keris yang telah digunakan oleh Laksamana Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka. Keris ini amat terkenal dan dikatakan mempunyai kuasa sakti iaitu ketika bertarung pemiliknya tidak lut dimakan senjata lawan ataupun kebal. Ia dikatakan juga berupaya berlegar diudara ketika mengejar musuh walau ke mana sahaja musuh itu berlari.Keris Taming Sari pada asalnya adalah kepunyaan Taming Sari, seorang pahlawan Jawa. Beliau telah diarahkan oleh Patih Gajah Mada, Bentara Majapahit untuk membunuh Hang Tuah. Taming Seri telah memasuki istana Seri Betara Majapahit dan telah mengamuk dan membunuh ramai orang. Hang Tuah yang berada di situ telah bertarung dengan Taming Sari dan telah membunuh beliau. Keris Taming Sari telah jatuh ke tangan Hang Tuah dan beliau telah mempersembahkan keris itu kehadapan Seri Betara Majapahit. Baginda telah menganugerahkan Keris Taming Sari kepada Laksamana Hang Tuah diatas jasanya mengalahkan Taming Sari. 

Keris Taming Sari dicuri. 

Keris Taming Sari pernah dicuri oleh Sang Kertaksa, atas arahan Patih Gajah Mada dan Seri Betara Majapahit yang ingin membunuh Laksamana Hang Tuah. Laksamana Hang Tuah bagaimanapun berjaya mendapatkan semula Keris Taming Sari dengan menggunakan ilmu sakti beliau.

Keris Taming Sari di Perak.

Selepas itu, Hang Tuah yang terlalu malu untuk menghadap Sultan Melaka kerana gagal mendapatkan Puteri Gunung Ledang untuk baginda telah mengirim dan mempersembahkan Keris Taming Sari kepada baginda. Ketika Sultan Mahmud meninggalkan Melaka, baginda membawa keris ini bersama ke Kampar, Sumatera. Baginda kemudiannya telah mengurniakan Keris Taming Sari ini kepada anakanda baginda, Raja Mudzaffar, yang kemudiannya berangkat ke Perak. Keris Taming Sari inilah yang telah digunakan pada adat kebesaran diraja Perak. Keseluruhan sarung keris ini diselaputi oleh dedaun emas.

MAKLUMAT TAMBAHAN :

KUALA KANGSAR: Muzium Perak menolak dakwaan mengatakan Keris Taming Sari iaitu satu daripada alat kebesaran Diraja Perak yang dipamerkan di Galeri Sultan Azlan Shah di Bukit Chandan, di sini, adalah palsu atau replika.

Pengarah Muzium Perak yang juga pengurus galeri berkenaan, Nor Janati Ibrahim, berkata pihaknya sering menerima dakwaan sedemikian berikutan ada di kalangan pengunjung meragui keaslian keris itu.

“Keris Taming Sari dipamerkan di galeri ini adalah simpanan dan warisan Sultan Perak. Jadi ia menjadi satu daripada alat kebesaran Diraja negeri ini. Malah, senjata itu hanya boleh dipamerkan kepada umum selepas mendapat perkenan daripada Baginda Sultan Perak sempena Hari Keputeraan baginda.

“Lagipun keris berkenaan sudah menjadi hak Kesultanan Perak yang sah sejak 1528 selepas diwariskan Sultan Melaka, Sultan Mahmud Syah I kepada Sultan Perak pertama iaitu Sultan Mudzaffar Shah,” katanya ketika ditemui Berita Harian, di sini, semalam.

Nor Janati berkata, mengenai ketulenan atau keaslian keris berkenaan masih dalam kajian berterusan dilakukan pihak berkaitan, tetapi yang penting Muzium Perak tetap mengatakan Keris Taming Sari ialah satu daripada alat kebesaran Diraja Perak.

“Kebanyakan tohmahan timbul disebabkan generasi hari ini terlalu terdedah dengan maklumat atau fakta diperoleh daripada pelbagai sumber kurang tepat. Mereka hanya mendengar maklumat daripada sebelah pihak tanpa mengkaji sendiri sejarah sebenar Keris Taming Sari serta warisan alat kebesaran diraja itu.

“Justeru, Muzium Perak dengan perkenan Tuanku (Sultan Perak) mengadakan pameran Keris Taming Sari di Galeri Sultan Azlan Shah selama enam hari bermula hari ini (semalam) sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-83. 

“Ia bertujuan memberi pendedahan serta gambaran sebenar mengenai keistimewaan keris yang pernah menjadi milik Laksamana Hang Tuah itu,” katanya.

Keris berkenaan yang diseliputi dedaun emas, manakala sarung atau hulunya diperbuat daripada emas serta dipercayai adunan daripada 20 jenis besi yang sebahagiannya daripada serpihan besi ganggang pintu Kaabah.

Senjata itu dikatakan mempunyai kuasa sakti iaitu pemiliknya tidak lut dimakan senjata lawan dan berupaya berlegar di udara ketika mengejar musuh. Selain itu, ia juga dipercayai mempunyai kuasa untuk memberi petunjuk jika Perak bakal dilanda sebarang musibah atau bencana.

Sumber/Petikan Dari BlogAmmar.blogspot.com 

Advertisements

PENEMUAN RANGKA MANUSIA RAKSAKSA = KAUM ‘AD

Image

Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab baru-baru ini menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut “Penempatan kosong” (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration.

Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum ‘Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya.

Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum ‘Ad dari zaman Nabi Hud tersebut.

Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.

Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah ‘super impose’. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu?

Pada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang menyatakan “Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui”, “Kota Legenda Arabia Ditemukan”, “Ubar, Atlantis di Padang Pasir.” Yang membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran. Ramai orang, yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum ‘Ad sebagai-mana diceritakan dalam Al Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka tidak akan pernah ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan ini. Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam.

Nicholas Clapp, seorang arkeolog amatur yang menemui kota legenda yang disebutkan dalam Al Quran ini. Sebagai seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp telah menjumpai sebuah buku yang sangat menarik selama penelitiannya tentang sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom untuk bahagian selatan semenanjung Arabyang sekarang ini merangkumi Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini “Eudaimon Arabia”. Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya sebagai “Al-Yaman As-Sa’idah” 20.

Semua nama tersebut bermaksud “Arabia yang Beruntung “, kerana orang-orang yang hidup di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang untung itu 

Keberuntungan mereka sebahagian berkaitan dengan kawasan mereka yang strategik menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara semenanjung Arab. Di samping itu, orang-orang yang berdiam di daerah ini menghasilkan dan mengedarkan “frankincense” sejenis getah wangi dari pokok langka. Kerana sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa dalam berbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas.

Thomas memaparkan tentang suku-suku yang “beruntung” ini dengan panjang lebar dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan “Ubar”. Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar. Thomas, yang sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji lebih dalam lagi.

Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas, yakin akan kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara. Perta-ma, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku Badwi benar-benar ada. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit daerah tersebut. Selepas rundingan  yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak yang berkuasa untuk memotret daerah tersebut.

Clapp meneruskan mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di perpustakan Huntington di California. Tujuannya adalah untuk menemukan peta dari daerah tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia menemukannya. Yang ditemuinya adalah sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini ditunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan yang menuju ke kota tersebut. 

Sementara itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan pemotretan. Dalam foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat di lihat, suatu hal yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang di tangannya, akhirnya Clapp menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat dalam peta tua sesuai dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil dengan satelit. Tujuan akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah tapak yang luas yang ditengarai dahulunya merupakan sebuah bandar. 

Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir. Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai “Ubar, Atlantis di Padang Pasir”. 

Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum ‘Ad yang disebutkan dalam Al Quran? Begitu runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui bahawa bandar yang hancur ini adalah milik kaum ‘Ad dan berupa tiang-tiang Iram yang disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang di-gali terdapat menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam Al-Quran . Dr. Zarins, seorang ahli pasukan kajian yang memimpin penggalian mengatakan bahawa kerana menara-menara itu disebut sebagai bentuk khas bandar ’Ubar, dan kerana Iram disebut mempunyai menara-menara atau tiang-tiang, maka itulah bukti terkuat setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali adalah Iram, bandar kaum ‘Ad yang disebutkan dalam Al Quran: 

Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum ‘Ad, (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain.
(QS. Al-Fajr, 89: 6-8)

Sumber/Petikan Dari BlogAmmar.blogspot.com